TS25

SEKOLAH UNGGUL MELALUI 
PROGRAM TS25

Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

·          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
·          Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
·          Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
·          Komitmen komuniti yang padu


Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

·      Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
·    Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif 
     dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing 
     kepimpinan; dan
·     Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
     mengutamakan kemenjadian murid.

No comments:

Post a Comment